Thursday, 27 June 2019

Marketing Terus Terang - Tukang Aircond wajib amanah!

MARKETING EDUKASI TERUS TERANG by IDoContractor

Hari ini Setelkan/'cuci taie' para SEGELINTIR tukang-tukang 'freelance' even yang ada kompeni pun buat hal dan nda bertanggungjawab, paling teruk yang melarikan/menghilangkan diri bila ekon yang dorang handle ada masalah.

Ada yang suka buat short cut dan doktrin customer macam-macam fahaman salah tentang penghawa dingin sehingga customer terpaksa mengeluarkan wang lebih walaupun kesejukan di nikmati nda sampai seminggu.

***

Antara yang selalu terjadi:

1. Aircond baru pasang, langsung tidak sejuk lepas 1 hari. Bila di call, sudah touch link x dapat dihubungi atau no fon sda kna block

2. Aircond balik-balik isi gas walaupun lepas service cara 'dissamble', lepas tu cakap sibuk memanjang sampai bila-bila tidak datang sampailah customer muak menunggu dan panggil contractor lain

3. Pasang sudah cun, tapi housekeeping kelaut sampai leaking air/paip sumbat atau copper basah kerana insulation tidak ditutup dengan baik

4. Shortcut elak sensor leaking kena detect dengan sambung wayar power + compressor dalam 1 wayar. Kesejukan hanya di nikmati kurang sebulan.

5. Paling teruk sudah pungut duit, buat kerja separuh jalan lepas tu LARI

6. Tiba-tiba menghilangkan diri bila ada part mahal customer rosak atas kelalaian sendiri.

***

Kami faham, apa saja kesilapan contractor lain adalah DUIT bagi syarikat kami. Tapi nasihat kam, mohon buat kerja Amanah, janganlah suka shortcut, apatah lagi menipu customer, nda bagus. 

Ia sangat merosakkan industri.

***

Kami bukan cuba tutup periuk nasi orang, kami cuba TUTUP PERIUK NASI TUKANG YANG PENIPU dan MANIPULASI Pengguna/Customer sehingga menyebabkan KERUGIAN.

Ia merosakkan reputasi tukang aircond/syarikat yang menjalankan kerja dengab amanah dan professional

***

Apa jadi sama yang baik-baik ni?

1. Customer kurang kepercayaan, nda berani deposit wang takut dilarikan

2. Customer semakin cerewet akibat pernah ditipu

3. Customer pandang rendah pada profession Aircond Technician.

***

Polisi #Idocontractor adalah BERTERUS TERANG.

Kami mengamalkan budaya professional dan integriti.

Kami sentiasa sediakan warranty dan polisi perkhidmatan pelanggan yang terbaik untuk menjamin kualiti perkhidmatab kami.

Kami akan terus menerima teguran jika terdapat kekurangan dalam perkhidmatan kami, dan terus memperbaiki dan mengekalkan mutu perkhidmatan kami.

Btw, polisi company kami, once ada staff yang buat hal, tipu atau short cut kerja, kami akan buang terus kerja. Hanya yang layak dan amanah dalam pekerjaan boleh bekerja dengan kami.

***

Mau service aircond?

Kami ada promo rm68 untuk minor service 1hp/1.5hp - inverter/non inverter percuma fuel caj dan percuma chemical cleaning.

Kami juga pasang/buka aircond, tepair aircond dan jual aircond.

Hubungi kami wapp.my/60162802884

***

I DO Things, So you don't have to.

#idolegacysdnbhd





No comments:

Post a Comment